Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kes penipuan pinjaman wang tidak wujud babit kerugian lebih RM8 juta -

Kes penipuan pinjaman wang tidak wujud babit kerugian lebih RM8 juta

SEBANYAK 903 kes penipuan pinjaman wang tidak wujud dilaporkan setakat April tahun ini dengan nilai kerugian melebihi RM8 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata berdasarkan statistik polis, penipuan pinjaman tidak wujud terus mencatatkan jumlah kes yang tinggi saban tahun.

“Sepanjang 2019, sejumlah 5,039 kes telah dilaporkan dengan kerugian sebanyak RM48.42 juta dan kes terus meningkat kepada 5,718 kes dengan kerugian sebanyak RM62.39 juta pada 2020.

“Pada 2021, sebanyak 4,784 kes telah dilaporkan melibatkan kerugian sebanyak RM50.6 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan analisa oleh pihak polis mendapati satu-satunya cara pihak sindiket mendapatkan wang daripada mangsa adalah melalui bayaran pendahuluan yang kononnya perlu dibayar oleh mangsa sebelum pinjaman diluluskan.

“Pelbagai alasan digunakan oleh pihak sindiket untuk mendapatkan bayaran pendahuluan tersebut antaranya yuran guaman, yuran perjanjian, yuran insurans, yuran kenaikan kredit, yuran CCRIS/CTOS, yuran LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), yuran pengaktifan akaun dan sebagainya,” katanya.

Mohd Kamarudin berkata perkara tersebut adalah bertentangan dengan kaedah pinjaman wang yang dipraktikkan oleh institusi perbankan atau syarikat pinjaman wang berlesen iaitu sebarang yuran yang perlu dibayar akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada jumlah pinjaman.

“Justeru, dapat disimpulkan apa juga pinjaman yang meminta bayaran pendahuluan adalah satu penipuan dan orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan tidak terjerumus menjadi manga kepada sindiket penipuan pinjaman tidak wujud itu,” katanya.

Orang ramai boleh merujuk kepada CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599 untuk sebarang nasihat atau kemusykilan berkaitan jenayah komersil.- BERNAMA