Saya bukan ‘calon Presiden’ – Amirudin nafi dapat ‘wahyu’ untuk bertanding

0
294

CALON Naib Presiden, Datuk Seri Amirudin Shari menolak dakwaan yang mengatakan beliau adalah antara kelompok pemimpin tertentu yang direstui presiden menjelang pemilihan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Mei ini.

Sebaliknya, Menteri Besar Selangor ini menegaskan, perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku menjelang pemilihan parti pada kali ini, dan jika ada, ia perlu dibuktikan secara jelas.

“Saya sendiri mendapat pandangan daripada semua pihak termasuk Presiden PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Tidak semestinya pandangan itu kita ikut bulat-bulat atau pun kita terima, kalau kita terima pun tidak salah.

“Tetapi yang salahnya mengatakan saya calon presiden. Saya bukan calon presiden kerana ini bukan masanya, sebaliknya apa yang ingin kita bawa untuk parti,” katanya, malam tadi selepas Majlis Jalinan Ukhwah Ramadan di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC).

Katanya, kempen menggunakan ‘wahyu Presiden’ tidak semestinya berkesan untuk menarik sokongan pada pemilihan parti seperti yang berlaku tahun sebelumnya.

“Sebelum ini, ada pihak yang menggunakan cadangan ini seperti pemilihan pada 2013 dan 2018.

“Kalau tak ikut calon ini, sebenarnya kamu hendak melawan presiden dan ini berlaku pada 2018 termasuk daripada mereka yang menimbulkan hal ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here