JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang menyita tiga tan gelatin lembu bernilai lebih RM40,000 ketika melakukan pemeriksaan di pelabuhan dermaga air di Butterworth, Isnin lalu.
Pengarah Maqis negeri, Muhammad Ikram Abd Talib berkata, gelatin lembu terbabit disita ekoran tiada permit import sah Maqis yang dibawa masuk dari Shandong, China.
“Pegawai Maqis menahan kesemua dagangan itu untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728],” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Harian Metro.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.