Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dua juta kenderaan menjelang Aidilfitri -

Dua juta kenderaan menjelang Aidilfitri

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan orang ramai untuk merancang perjalanan pulang ke kampung lebih awal bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam perjalanan ke destinasi masing-masing sempena Aidilfitri, Mei ini.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, berkata pihaknya menganggarkan jumlah trafik meningkat 25 peratus kepada dua juta kenderaan bermula 29 April hingga 9 Mei ini berbanding 1.6 juta sehari ketika ini.

PLUS akan mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dalam tempoh yang terdekat bagi membantu orang ramai merancang perjalanan pergi dan balik ke destinasi masing-masing pada musim perayaan ini.

“Pasukan Operasi Lebuhraya kami juga telah bersiap-siaga dan bersedia membantu orang ramai untuk pulang ke kampung pada cuti perayaan Aidilfitri yang amat dinanti-nantikan tahun ini.

Ia membabitkan pendekatan holistik yang merangkumi pelbagai aspek termasuklah adaptasi teknologi untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan orang ramai. Pelan persediaan operasi lebuh raya akan diumumkan kemudian,” katanya dalam satu kenyataan.