Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Aminuddin Harun sifatkan kesemua calon Naib Presiden PKR berkaliber, berpengaruh -

Aminuddin Harun sifatkan kesemua calon Naib Presiden PKR berkaliber, berpengaruh

PENGERUSI Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan semua calon yang bertanding bagi jawatan Naib Presiden dalam  pemilihan PKR kali ini berkaliber serta mempunyai kekuatan dan pengaruh masing-masing.

Aminuddin antara calon Naib Presiden PKR kali in turut berterima kasih kepada calon Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yang telah menyenaraikan beliau  dalam pasukannya pada pemilihan kali ini.

“Saya lihat mereka semua berkaliber, ada kekuatan dan pengaruh masing-masing, Ini menunjukkan bahawa dalam PKR itu ramai pemimpin.

Terima kasih masukkan saya dalam pasukan tersebut. Semua pasukan saya masuk, tetapi apabila Rafizi letakkan saya dalam pasukan tersebut, saya ucapkan terima kasih. Kita kena bekerja sebagai satu pasukan, iaitu pasukan Keadilan,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan itu kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Media melaporkan Rafizi menyenaraikan pasukannya bagi calon Naib Presiden PKR dengan menamakan Aminuddin, Chang Lih Kang (Ahli Parlimen Tanjung Malim); Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa)  dan G Manivannan ( bekas Ahli Parlimen Kapar) bagi pemilihan kali ini.- BERNAMA