Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Selangor akan didahulukan bagi naik taraf rangkaian 5G - Annuar Musa -

Selangor akan didahulukan bagi naik taraf rangkaian 5G – Annuar Musa

KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan mendahulukan negeri Selangor dalam usaha pelaksanaan dan naik taraf rangkaian perkhidmatan 5G, kata Menterinya, Tan Sri Annuar Musa.

“Di bawah Program Jalinan Digital Negara (JENDELA), ada tiga program sedang berjalan iaitu yang pertama adalah menambah menara telekomunikasi baharu untuk 4G, manakala untuk penaiktarafan menara telekomunikasi kepada 5G, negeri Selangor akan didahulukan,” katanya.

Beliau berkata dua lagi program di bawah JENDELA termasuklah meningkatkan jumlah rumah yang mempunyai sambungan gentian optik, dan menaik taraf sistem pemancar daripada 3G kepada 4G.

Katanya di bawah program JENDELA, Selangor menerima peruntukan yang tinggi iaitu sebanyak RM5.34 bilion, untuk menaik taraf sistem telekomunikasi di negeri itu.

Beliau berkata melalui peruntukan tersebut, sebanyak 313 menara telekomunikasi baru telah siap dibina setakat ini di negeri itu, manakala 35 menara lagi sedang dalam proses pembinaan.

“Selain itu, sejumlah 7,197 sistem pemancar telah dinaik taraf kepada 4G, dan sebanyak 652 sedang dalam pelaksanaan.

“Sebanyak 419,896 premis kini telah mempunyai sambungan gentian optik manakala pemasangan sebanyak 196,422 premis lagi, sedang dilaksanakan,” katanya pada majlis moreh bersama wakil agensi dan jabatan di bawah K-KOMM serta rakan strategik di Selangor, di sini malam tadi.

Manakala bagi inisiatif Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi), beliau berkata mana-mana kawasan Dewan Undangan Negeri di Selangor yang masih belum dilengkapi PEDi, diminta untuk memohon kepada kementerian untuk kelulusan segera.

Setakat ini terdapat 48 PEDi telah diwujudkan dan mula beroperasi di Selangor. – BERNAMA