Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Rita sebak berpisah dengan anak sulung -

Rita sebak berpisah dengan anak sulung

PERKONGSIAN satu video yang dimuat naik oleh pelakon Rita Rudaini mengundang sebak netizen apabila dia menghantar anak sulungnya ke sebuah sekolah asrama.

Dengan deraian air mata, ini meruoakan kali pertama Rita berjauhan dengan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang mendaftar sebagai pelajar di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

“Saya ibu yang normal. Rasa sakit, pedih itu dah biasa. Macam mana hujan lebat hari ni macam tahu derasnya air mata saya hari ni.

“Air mata gembira bercampur dengan sebuah rasa. Rasa itu adalah rasa cinta, sayang, rindu. Kami tak pernah berenggang, hari ini kami berjauhan,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, dia dilihat memeluk dan mencium Airit sambil disaksikan anak bongsunya dan beberapa keluarga terdekat yang turut hadir sama.

Sudah pasti sebagai ibu, dia berbangga dengan pencapaian anaknya itu memandangkan dia membesarkan mereka bersendirian selepas berpisah dengan bekas suami, Aidil Zafuan Abdul Radzak.

“Mommy sedih sampai dada sakit dalam pada yang sama mommy gembira dengan anak yang hanya dibesarkan oleh ibu tunggal, melangkah setapak lagi ke depan.

“Mommy sentiasa menjadi sayap kiri dan kanan mu. Fly high Airit Rayyan Rizqin,” jelas Rita lagi.

Menerusi ruangan komen, ramai rakan artis dan peminat menitipkan pesanan buatnya untuk terus kuat melepaskan anaknya itu dan tak kurang juga yang menjadikan dia sebagai inspirasi dalam membesarkan anak sebagai ibu tunggal.

Untuk rekod, Rita dan Aidil, 34, pernah berumah tangga pada tahun 2008 namun  bercerai pada September 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua putera iaitu Airit Rayyan Rizqin, 13, dan Airit Qaqa Arjuna, 11. – SB