Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis Terengganu sita aset hasil edar dadah bernilai RM4.3 juta -

Polis Terengganu sita aset hasil edar dadah bernilai RM4.3 juta

POLIS Terengganu menyita tujuh lot tanah di beberapa lokasi di negeri ini termasuk yang menempatkan 10 unit chalet bernilai RM4.3 juta, disyaki diperoleh daripada pendapatan kegiatan mengedar dadah.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata kejayaan itu susulan penangkapan dua suspek pengedar melibatkan rampasan dadah disyaki jenis ganja seberat 541.18 gram dan syabu seberat 46.7 gram pada 9 Disember 2020.

“Satu siasatan kewangan telah dijalankan ke atas kedua-dua suspek oleh Bahagian Perlucuthakan Harta Jabatan Siasatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, yang pada permulaan kes ini tiada sitaan dibuat. 

“Siasatan lanjut melalui penjejakan harta (asset tracing) melalui bank dan institusi kewangan telah berjaya menemukan pemilikan tujuh harta tak alih oleh suspek yang diperoleh secara pembelian yang meragukan,” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi. 

Katanya, salah satu lot tanah yang disita ialah di Batu Rakit di Kuala Nerus dengan keluasan 9,105 meter persegi termasuk 10 buah chalet yang dibina di atas tanah berkenaan dengan anggaran nilai RM900,000.

Rohaimi berkata turut disita, beberapa lot tanah termasuk di Kemaman, Dungun dan Marang.

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan harta berkenaan adalah yang terbesar melibatkan pengedar dadah di negeri itu.

“Polis Kontinjen Terengganu di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan meneruskan penyiasatan ‘asset tracing’ ke atas semua sekutu pengedar dadah dan memastikan kesemua aset-aset ini dilucutkan hak kepada kerajaan Malaysia,” katanya. – BERNAMA