Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Wanita tunggang motosikal maut digilis lori -

Wanita tunggang motosikal maut digilis lori

SEORANG penunggang motosikal maut selepas digilis kenderaan berat dipercayai lori di Kilometer 28 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan, di Ipoh, Perak pukul 4.31 pagi tadi.

Mazaitul Hafiszan Ma’an, 38, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, semasa pihak bomba tiba, terdapat mayat mangsa yang dipercayai dilanggar dan digilis kenderaan berat.

Bagaimanapun, katanya, tiada kenderaan itu mahupun kenderaan lain yang berkemungkinan terbabit dengan kemalangan di lokasi kejadian.

“Mangsa telah disahkan maut di tempat kejadian oleh petugas perubatan, manakala anggota melakukan pembersihan di lokasi.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, lapor Harian Metro.