Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Taufan Megi badai Filipina, seorang maut, seorang hilang setakat ini -

Taufan Megi badai Filipina, seorang maut, seorang hilang setakat ini

SEKURANG-kurangnya seorang maut manakala seorang lagi dilaporkan hilang selepas Taufan Megi melanda wilayah tengah Filipina setakat ini.

Menurut agensi berita Xinhua, Taufan Megi turut menyebabkan banjir dan tanah runtuh berlaku di beberapa kawasan sejak dibadai taufan itu pada Ahad.

Menurut Biro Perkhidmatan Atmosferik, Geofizikal dan Astronomi Filipina, Taufan Megi merupakan ribut tropika yang pertama melanda negara kepulauan itu dalam musim panas tahun ini.

Megi melanda Filipina dengan membawa angina kencang dengan kelajuan maksumum 75 kilometer (km) sejam dengan luruan sehingga 105km sejam pada 10 pagi waktu tempatan, Ahad.

Kekuatan taufan berkenaan kekal sementara bergerak perlahan ke arah barat di pesisiran Guiuan, sebuah bandar di wilayah timur Samar.

Hujan lebat turut dilaporkan melanda beberapa daerah di selatan iaitu di Pulau Luzon.

Baca berita berkaitan: MetMalaysia keluarkan amaran kategori pertama ribut tropika Megi

Amaran banjir mengejut, angin kencang dan juga tanah runtuh akibat aliran air deras turut dikeluarkan kepada penduduk di kawasan-kawasan terjejas.

Biro berkenaan juga memberi amaran tentang keadaan laut berombak yang membahayakan kebanyakan bot dan pengangkutan air lain.

Terletak di Lingkaran Api Pasifik, Filipina merupakan antara negara yang cenderung berlaku bencana alam, termasuk gunung berapi aktif, gempa bumi yang kerap dan kira-kira 20 taufan dalam setahun.