MESYUARAT Khas Dewan Negara berhubung pindaan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Akta Anti Lompat Parti digubal yang dijadualkan esok (12 April), dibatalkan.
Setiausaha Dewan Negara Muhd Sujairi Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia berikutan Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) (No.3) 2022 diputuskan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini untuk dikaji dan diteliti semula melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat.
“Dimaklumkan bahawa Yang Dipertua Dewan Negara telah menerima pemakluman daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Ketua Majlis bahawa Mesyuarat Khas Dewan Negara yang dijadualkan pada 12 April 2022 dibatalkan,” menurut kenyataan itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini berkata kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) mempersetujui tiga perkara berhubung pindaan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan termasuk memperhalusi berkaitan tafsiran bagi larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.