Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Runding dengan PN sebelum bubar Parlimen, Muhyiddin ingatkan PM -

Runding dengan PN sebelum bubar Parlimen, Muhyiddin ingatkan PM

PRESIDEN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi peringatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung isu pembubaran Parlimen.

Menurut Muhyiddin, peringatan itu dilakukan secara berdepan dalam perjumpaan dengan Perdana Menteri di Sri Perdana, semalam.

Jelas bekas Perdana Menteri itu, beliau hadir berjumpa dengan Perdana Menteri bersama pimpinan parti-parti anggota Perikatan Nasional (PN).

“Kami membincangkan hal ehwal semasa yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negara.

“Dalam pertemuan ini, Perdana Menteri menekankan hubungan kerjasama dengan PN dalam Kerajaan Persekutuan dan memberikan komitmen untuk berunding dengan PN dalam menentukan dasar-dasar utama negara.

“Saya juga antara lain mengingatkan Perdana Menteri bahawa PN sebagai parti utama yang membentuk Kerajaan Persekutuan hendaklah dirunding terlebih dahulu dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebooknya hari ini.

Menurut Muhyddin, turut hadir dalam perjumpaan dengan Perdana Menteri semalam ialah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan; Presiden Parti Maju Sabah, Datuk Seri Yong Teck Lee dan Presiden Parti Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau.