SEBANYAK 10,177 kes baharu COVID-19 direkodkan di seluruh negara pada Sabtu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes positif sejak penularan kini mencecah 4.31 juta.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, 10,114 kes (99.38%) adalah dalam kategori satu dan dua.
Manakala 63 kes atau 0.62% lagi dalam ketgori empat dan lima.
Sementara itu, sebanyak 165 kes sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 108 pesakit memerlukan bantuan pernafasan manakala jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 15,132.
Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak dua kluster baharu dikenal pasti menjadikan jumlah kumulatf kluster sejak covid-19 melanda negara kini mencecah 6,949.
Nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.83, dengan Selangor mencatatkan bacaan tertinggi pada 0.93.–SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.