Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tarekat Naqsyabandiyah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani dibenar, tapi tertakluk negeri – MKI -

Tarekat Naqsyabandiyah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani dibenar, tapi tertakluk negeri – MKI

TAREKAT Naqsyabandiyah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani dibenarkan diamalkan di Malaysia.

Ini seperti yang diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) kali ke-117 pada tahun 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa MKI, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, tarekat tersebut dibenar diamalkan oleh pengikutnya selagi tidak bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan syariah serta uruf setempat selepas kajian semula dibuat.

“Oleh itu, keputusan terdahulu pada tahun 2000 berkaitan Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah ini tidak lagi terpakai.

“Walau bagaimanapun, dalam melaksanakan keputusan ini, ia tertakluk kepada pihak berkuasa agama di setiap negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-48 pada 3 April 2000 memutuskan Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam.

Baru-baru ini, isu mengenai tarekat tersebut kembali diperkatakan apabila dibangkitkan beberapa pendakwah dari kelompok tertentu.

Mereka mempersoalkan bagaimana ada negeri membenarkan amalan tarekat tersebut sedangkan sudah ada ketetapan di peringkat kebangsaan sebelum ini.

Sehubungan itu, kenyataan terbaru MKI berhubung status tarekat berkenaan dilihat mampu memberi pencerahan dalam isu ini. – SB