Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pura-pura jadi pelanggan curi barang kemas RM 10,000 -

Pura-pura jadi pelanggan curi barang kemas RM 10,000

SEORANG wanita menggunakan taktik menyamar sebagai seorang pelanggan sebelum melarikan seutas gelang tangan emas dalam satu kejadian di sebuah kedai emas di Pekan Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Jumaat.

Difahamkan, barang kemas yang dilarikan sekitar jam 3.45 petang itu dianggarkan benilai RM10,000 ringgit manakala kelakuan wanita berkenaan dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) dan tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan, Amran Mohd Ghani berkata, polis menerima maklumat kejadian jam 8.18 malam daripada jurujual kedai berkenaan.

“Difahamkan suspek yang berbadan gempal dan mempunyai kulit sawo matang berusia lingkungan usia 30 tahun telah melarikan seutas gelang tangan emas berat 36.76 gram.

“Berdasarkan rakaman CCTV, suspek telah dibantu seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha NVX warna merah tanpa nombor pendaftaran untuk melarikan diri,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan polis kini sedang memburu suspek.–SB