Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pegawai kanan polis maut dalam kemalangan di NKVE -

Pegawai kanan polis maut dalam kemalangan di NKVE

SEORANG pegawai kanan polis disahkan maut selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada pukul 12.30 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata, kejadian berlaku apabila pemandu hilang kawalan sebelum terbabas ke sebelah kiri jalan.

Katanya, mangsa merupakan pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintenden yang berkhidmat di Maktab Polis Diraja Malaysia Cheras.

“Mangsa dari arah Kuala Lumpur menghala Klang dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas.

“Mangsa berumur 39 tahun mengalami kecederaan telah dibawa ke Hospital Shah Alam dan meninggal dunia semasa menerima rawatan,” katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41 APJ 1987.

Dalam pada itu, Mohd Iqbal berkata, saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan.

Orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami ditalian 011-31215697. – SB