Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mereka kata saya terlalu muda untuk mengajar- Anis Nabilah -

Mereka kata saya terlalu muda untuk mengajar- Anis Nabilah

Bukan mudah untuk berada pada tahap ini namun segala jerih perih perjalanan yang dilalui oleh chef selebirti Anis Nabilah begitu banyak mematangkan dirinya.

Diangkat sebagai antara chef muda paling berpengaruh di Malaysia, dia melalui transisi yang besar dalam dunia masakan apabila melalui pelbagai fasa perubahan.

“Semasa saya mula-mula dalam industri ini, memasak di TV iaitu lebih sedekad yang lalu semuanya berbeza. Tiada program realiti memasak, tiada YouTube dan tiada resipi google.

“Saya masih ingat sebagai seorang pelajar, cara untuk belajar mengenai masakan lain atau resipi adalah dengan membaca buku masakan atau menonton rancangan masakan yang terdapat di kaca TV.

“Tapi kini, saya melihat kanak-kanak mencipta kandungan masakan di media sosial. Maksudnya betapa ia sesuatu yang menakjubkan.

“Semasa rancangan pertama saya disiarkan di kaca TV pada tahun 2007, hanya segelintir daripada kami membuat rancangan memasak,” katanya mengimbau kenangan lalu.

Jelasnya, ketika itu dia masih lagi anak kecil jika mahu dibandingkan dengan legenda memasak yang lain termasuklah Chef Wan, Chef Ismail mahu pun Chef Florence Tan.

Terbaru dia berbangga apabila dinobatkan sebagai Asean’s Most Influential Chef pada Asean Food & Travel Awards 2022 oleh Kementerian Pelancongan Malaysia baru-baru ini.

Baginya, anugerah tersebut bukan sahaja menjadi pemangkin tetapi juga pembakar semangat untuknya terus meneroka bidang kulinari seperti mana yang diidamkan.

Anis Nabilah dinobatkan sebagai Asean’s Most Influential Chef pada Asean Food & Travel Awards 2022 oleh Kementerian Pelancongan Malaysia baru-baru ini.

Bagi wanita berusia 36 tahun ini lagi, dia masih teringatkan kata-kata segelintir pihak saat dia meluahkan hasrat mahu mengajar orang lain memasak satu masa nanti.

Dia diberitahu, sukar untuknya mengajar orang lain memasak memandangkan usianya masih muda namun itu tidak pernah menghalang tekadnya untuk bergelar chef.

“Dulu saya pernah diberitahu, saya terlalu muda untuk mengajar orang memasak. Sukar untuk wanita berjaya dalam industri ini. Tetapi saya tidak mengendahkan komen itu dan teruskan, kerana saya suka mengajar dan berkongsi resipi.

“Ia adalah minat saya. Saya gembira saya terus ke depan hingga membawa saya ke sini hari ini,” katanya berterus terang.

Menurut Anis, dia bangga apabila melihat industri yang diceburinya ini semakin berkembang dan diminati ramai.

Dia juga sering diajukan pertanyaan, apa pandangan melihat mereka yang bukan bergelar chef sering kali memuat naik kandungan memasak dan sebagainya.

“Saya gembira dan bangga melihat betapa besarnya industri ini berkembang jika mahu dibandingkan ketika saya mula-mula berada dalam bidang ini.

“Saya bersyukur terus bertahan kerana ia membuka begitu banyak pintu untuk saya dan menjelajah dunia untuk berkongsi resipi saya dan bertemu beberapa idola saya di beberapa acara masakan terbesar di dunia,” jelasnya.

Antara acara besar yang pernah dihadirinya termasuklah Worlds 50 Best Restaurant dan Invite The World to Dinner yang diadakan di Australia.

Itu juga kali pertama dia bertemu Heston Blumenthal yang juga merupakan salah seorang chef terkemuka dalam gastronomi molekul. Mereka sempat bersembang dan bertukar-tukar pendapat dengan individu yang amat dikaguminya itu.