Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
67 pengunjung pusat hiburan dikompaun RM1,000 -

67 pengunjung pusat hiburan dikompaun RM1,000

SERAMAI 67 warga tempatan dikompaun, masing-masing RM1,000 kerana mengunjungi pusat hiburan dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat yang masih tidak membenarkan premis hiburan beroperasi.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, kesemua 67 individu itu dikompaun dalam serbuan berasingan ke atas tiga premis pusat hiburan di Kuala Lumpur, lewat malam tadi.

“Hasil risikan mendapati kesemua pusat hiburan yang telah beroperasi itu telah melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN Fasa Empat 2021 (Melakukan aktiviti terlarang dalam pub dan kelab malam) yang masih dikuatkuasakan ketika ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Azman berkata sebanyak tiga lagi kompaun yang masing-masing bernilai RM1,000 turut dikeluarkan terhadap pemilik di tiga premis pusat hiburan terlibat.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi SOP COVID-19 yang masih dikuatkuasakan demi mengurangkan penularan jangkitan wabak ini,” katanya.

Azman meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai pelanggaran SOP COVID-19 terutama di pusat hiburan berdekatan agar menyalurkan maklumat menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang boleh dimuat turun di telefon pintar masing-masing.- BERNAMA