Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sultan Johor titah semua aktiviti menyelam di Mersing dihentikan -

Sultan Johor titah semua aktiviti menyelam di Mersing dihentikan

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, kesemua aktiviti menyelam di perairan Mersing dihentikan sementara waktu.

Titah itu berikutan kehilangan empat penyelam di sekitar Pulau Tokong Sanggul, berhampiran Pulau Sibu, Mersing, semalam.

“Saya mahu kesemua aktiviti menyelam dihentikan sementara sehingga kita dapat kenal pasti apa sebenarnya yang berlaku pada mereka. Aktiviti menyelam tidak boleh diteruskan jika tahap keselamatan diragui.

“Peraturan-peraturan aktiviti menyelam oleh pihak berkuasa juga mesti dikaji semula secara menyeluruh sebelum ia boleh dibenarkan beroperasi semula,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO), hari ini.

Pihak maritim melakukan pencarian tiga lagi penyelam warga asing yang dikhuatiri hilang ketika melakukan aktiviti selaman di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, hari ini

Titah Sultan Ibrahim, peraturan yang telah dikaji semula juga perlu diumumkan bagi mengembalikan keyakinan orang ramai serta pelancong.

Penyelam yang hilang merupakan seorang lelaki warga Britain, Adrian Peter, 46 dan anaknya warga Belanda, Nathan Renze, 14 dan dua lagi penyelam yang merupakan seorang wanita Perancis, Alexia Alexandra, 18 dan wanita Norway, Kristine Grodem, 35.

Bagaimanapun Kristine yang merupakan jurulatih selaman berjaya dijumpai dalam keadaan selamat dan dibawa ke Stadium Mersing dengan menggunakan pesawat udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) tengah hari tadi. – SB