PEMINAT manga di seluruh dunia berduka apabila artis manga terkenal Jepun Fujiko Fujio A, 88, ditemukan meninggal dunia di kediamannya yang terletak di Tokyo pada Khamis.
Menurut laporan media tempatan di sana, Fujiko atau nama sebenarnya Motoo Abiko ditemukan di luar kediaman tidak bernyawa meskipun pihak polis enggan mengesahkan perkara berkenaan lagi.
Namun, rata-rata peminat dan berita tempatan sudah pun menzahirkan penghormatan buatnya menerusi platform media sosial sebaik sahaja berita tersebut tersebar.
Sepanjang penglibatan dalam bidang manga, lelaki berusia 88 tahuh sudah menghasilkan pelbagai kartun popular seperti Ninja Hatori dan Little Ghost Q Taro.
Antara naskhah awal sentuhan Fujiko adalah Doraemom dan dia mula membangunkan naskhah tersebut bersama Hiroshi Fujimato ketika berada di bangku sekolah lagi.
Kerjasama yang bermula pada tahun 1952 itu berlangsung dengan baik dan dia menggunakan nama Fujiko Fujio sebagai nama pena ketika itu.
Gandingan mereka bukan sahaja mendapat perhatian tetapi juga sempat membangunkan Q Taro yang turut mencipta fenomena di Jepun dan beberapa negara lain.
Pun begitu Fujiko mengakui dia tidak pernah mempedulikan sangat Doraemon meskipun naskhah berkenaan menjadi antara kegilaan dunia sehingga ke hari ini.
“Saya mengelak daripada membacanya sebagai langkah berjaga-jaga kerana apabila saya membacanya, saya terpengaruh dengan mereka dan berfikir saya tidak boleh melukis seperti itu,” katanya dalam satu wawancara sebelum ini.
Sebagai info, Fujiko meruoakan anak seorang sami di sebuah kuil yang terletak di Toyama. Bapanya meninggal dunia ketika dia berada di gred lima persekolahan. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.