BAGI membuka perbincangan strategi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kelak, Majlis Tertinggi Bersatu memberikan mandat penuh untuk menguruskan perkara itu kepada Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menerusi satu kenyataan pada Rabu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi yang dipengerusikan oleh Muhyiddin pada Selasa.
“Majlis Tertinggi Bersatu telah membincangkan hal-hal berkenaan pengurusan parti, perkembangan politik tanah air dan keputusan pilihan raya negeri Johor 2022 yang diadakan pada 12 March lalu.
“Sehubungan itu, MT Bersatu memutuskan untuk memberikan mandat penuh kepada Biro Politik yang dipengerusikan oleh presiden untuk membincangkan strategi parti bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang akan datang bersama parti-parti politik lain,” katanya.
Terdahulu media melaporkan pertemuan Muhyiddin dengan wakil-wakil politik tempatan berkaitan kerjasama yang dijalinkan bagi menghadapi Barisan Nasional pada PRU-15 kelak. –SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.