KEMALANGAN melibatkan sebuah kontena jatuh menghempap sebuah lori, nyaris meragut nyawa pemandu lori berkenaan dalam satu kejadian berdekatan susur keluar ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), pada Selasa.
Mangsa yang berusia 49 tahun difahamkan sedang dalam perjalanan ke Pulau Indah sebelum kontena yang membawa muatan kotak kitar semula jatuh dan terkena bahagian hadapan lori yang dipandunya sekitar jam 1.15 tengah hari tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sebaik tiba di lokasi pihaknya mendapati sebuah kontena terjatuh dari atas jejambat yang dianggarkan setinggi 40 kaki (12 meter) yang menyebabkan laluan ke Pulau Indah terhalang.
“Difahamkan, ketika kejadian, terdapat dua lori kontena melalui jalan berkenaan. Apabila kontena dari atas jejambat jatuh, ia menghempap belakang sebuah lori dan turut terkena bahagian hadapan lori yang dipandu lelaki berusia 49 tahun.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa yang membawa kontena bermuatan sarung tangan itu tersepit di tempat duduknya bagaimanapun, mangsa berjaya dikeluarkan sebelum pasukan bomba tiba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mendapatkan rawatan lanju
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.