Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Jarang lapar, Shuib hilang selera makan  -

Jarang lapar, Shuib hilang selera makan 

BUKAN mudah untuk menguruskan empat anak sendirian tanpa kehadiran isteri namun itu juga cabaran yang dihadapi oleh pelawak Shuib menjelang Ramadan kali ini.

Situasi berbeza yang dilalui disambut dengan seribu satu rasa apabila hidup memegang status bapa tunggal yang terpaksa membuat pelbagai persiapan untuk menyiapkan anak-anak berpuasa.

Jelasnya, dia gembira kerana tiga daripada empat anaknya sudah memahami erti berpuasa dan mereka tidak banyak ragam untuk bangun sahur.

“Sebenarnya seminggu sebelum Ramadan lagi mereka sudah teruja untuk berpuasa. Biasalah budak-budak seronok bila nak merasai bulan yang penuh nikmat ini.

“Alhamdulillah setakat ini saya tiada masalah untuk kejutkan mereka bangun sahur. Mereka juga bersemangat nak bantu saya seperti mengemas rumah, teman saya ke pasar atau bazar Ramadan,” kata Shuib.

Dalam nada itu, Shuib mengaku berhadapan dengan masalah selera makan yang teruk sehingga membuatkan dia jarang kelaparan.

Meskipun berpuasa, dia tidak lapar apatah lagi mempunyai selera makan- satu situasi yang jarang sekali berlaku sebelum ini.

“Saya pun tak tahu kenapa perkara ini terjadi. Sebelum ini, memang ada masalah selera makan hingga menyebabkan saya turun berat badan. 

“Harap lepas ambil suplemen kesihatan, saya akan kembali okey,” katanya ketika sempena sidang media program Diari Daddy anjuran TV3 pada Selasa.

Bercerita mengenai sambutan lebaran yang akan disambut tidak lama lagi, pelawak berusia 37 tahun ini mahu bersederhana sahaja kali ini.

Jelasnya, dia mahu mereka meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa dengan apa adanya memandangkan ini kali pertama mereka meraikan tanpa kehadiran ibu di sisi.

“Saya belum membuat apa-apa perancangan untuk sambutan kali ini. Kalau ada persiapan pun semuanya untuk anak-anak sahaja.

“Tahun ini saya ada beritahu mereka untuk cuba menahan diri berpuasa selama 30 hari memandangkan tahun lalu ada satu atau dua hari yang mereka tinggal puasa.

“Perancangan nak beli baju raya anak-anak semua belum ada lagi. Tapi saya merancang untuk bawa anak menyambut Ramadan di kampung halaman kerana suasananya lebih seronok,” katanya.

Bercerita mengenai Diari Daddy pula, dia melakukan pelbagai aktiviti bersama anak-anak khusus untuk peminat yang mahu mengetahui kehidupan sehariannya.

Mula bersiaran sejak 2 April lalu, dia mendedahkan rutin hariannya dan bagaimana cara dia membahagikan masa antara keluarga, kerjaya dan bidang seni dalam satu masa yang sama.

Namun dia gembira apabila mereka memberikan kerjasama baik dan tidak menimbulkan banyak masalah sepanjang program berlangsung.

“Anak-anak sangat teruja apabila nak mengikuti penggambaran ini memandangkan mereka sudah faham dengan pekerjaan sebegini.

“Mereka faham dengan komitmen dan itu memberikan kegembiraan buat saya kerana tidak timbul banyak masalah si set,” jelasnya lagi.

Diari Daddy akan ditayangkan selama lima episod pada setiap hari Sabtu jam 5.30 petang di TV3. –