Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
YouTuber ditahan kes teman wanita mati dipukul -

YouTuber ditahan kes teman wanita mati dipukul

SEORANG pempengaruh atau YouTuber lelaki dari Pulau Pinang ditahan polis bagi membantu siasatan kematian teman wanitanya yang dilaporkan maut akibat dipukul.

Suspek yang mempunyai lebih 100,000 pengikut di laman sosial YouTube itu ditahan bersama tiga lagi rakannya yang kesemuanya berusia 20-an di daerah Barat Daya semalam dan hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, penahanan keempat-empat suspek termasuk YouTuber berkenaan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang doktor di Hospital Balik Pulau (HBP) mengenai seorang pesakit wanita yang dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kritikal pada 2 April lalu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut ke atas badan mangsa berusia 20 tahun itu mendapati kesan-kesan lebam lama dan baharu pada seluruh anggota badan wanita berkenaan.

Jelasnya, mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan disahkan meninggal dunia pada hari sama.

“Bertindak atas maklumat itu, polis menahan kekasih wanita itu bersama tiga lagi rakannya yang dipercayai berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

“Mangsa dipercayai dipukul dengan menggunakan kekerasan atau objek tumpul. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk motif sebenar kejadian berlaku,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Kamarul Rizal memberitahu, kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 11 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah kediaman kenalan mereka di Teluk Kumbar Sabtu lalu dan pasangan kekasih berkenaan dikatakan berkenalan ketika masing-masing berada di sebuah sekolah pemulihan akhlak di Melaka. – SB