USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri menanggung kerugian berpuluh ribu ringgit apabila tanaman durian jenis musang king yang diusahakan tidak menjadi.
Dalam satu perkongsian yang dibuat, dia memaklumkan sebanyak 400 pokok yang ditanam mati tanpa memperincikan apakah sebab utamanya.
“Kini durian saya dah 5 bulan.. syukur walapun lebih 400 pokok durian saya mati tapi saya happy sangat sebab ini semua pengalaman, menjadikan saya lebih matang menjadi petani..
“Dulu saya tak faham kenapa buah durian musang king ini mahal sangat. Tapi bila saya dah tanam pokok ni baru tau,” tulisnya.
Bagi lelaki ini, dia sedar tidak semua perkara boleh dinikmati dengan mudah apatah lagi mengusahakan tanaman durian yang merupakan bidang baharu diceburinya.
Jelas Aliff penjagaan durian bukanlah satu perkara yang mudah memandangkan pelbagai masalah perlu dilalui sebelum ia mampu hidup dan mengeluarkan hasil.
“Bukan senang nak jaga pokok durian ni ada 1001 masalah. Ya Allah kau kuatkanlah aku untuk menjadi seorang petani durian musang king berjaya walaupun banyak dugaan dan cabaran tetap saya tempuhi demi impian di hari tua,” ujarnya.
Perkongsian yang dibuat oleh Aliff turut mendapat respons daripada beberapa pengikut yang mengalami nasib yang sama.
Jelas mereka, tanam musang king lebih manja dan perlu dijaga dengan rapi sebelum ia mampu mengeluarkan hasil.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.