[VIDEO] PH sudah lama hilang kepercayaan pengundi Melayu, kerjasama PN boleh baiki situasi – Penganalisis

0
584

SEBELUM menolak cadangan untuk mengadakan satu gabungan parti baharu antara Perikatan Nasional (PN) dan parti-parti pembangkang, Pakatan Harapan (PH) perlu sedar bahawa mereka sudah lama kehilangan kepercayaan pengundi Melayu.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Salawati Mat Basir berkata, ketika menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, PH tidak menggunakan peluang yang diberikan sebaiknya sehingga kehilangan kepercayaan orang Melayu.

“Kalau PH mahu naik balik, agak sukar dan banyak benda yang mereka perlu lakukan. Rakyat tinggalkan Barisan Nasional (BN) kerana korupsi, namun mereka juga sama sebenarnya.

“Bila rakyat nampak semua sama sahaja, mereka akan terus memilih parti yang mereka rasa boleh pelihara orang Melayu biarlah penuh korupsi sekalipun. Mereka tiada pilihan,” katanya kepada SatuBerita.

Oleh kerana itu katanya, sekiranya mereka mahu menyekat kemaraan BN yang cukup yakin untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) kelak, mereka perlu mengetepikan ego mereka dan bekerjasama dengan PN bagi mendapatkan kembali undi Melayu.

“Mereka boleh cuba bersepakat dengan PN untuk curi undi melayu. Orang di kawasan bandar boleh menerima gabungan ini biarpun di kampung, mereka akan mengalami sedikit kesukaran. Namun, mereka boleh cuba” ulasnya.

Bagaimanapun tambah beliau, PH tidak mampu untuk bertahan lebih lama sekiranya persepakatan sesama parti gabungan itu sendiri yang dikatakan semakin kendur, tidak diperbaiki.

“Pembangkang sekarang gagal bukan kerana tidak bagus atau lemah, tapi tiada persepakatan. Orang tidak mahu pilih parti yang tidak mempunyai kesepakatan kalaupun mereka ini bagus.

“Selagi tiada kesepakatan, satu gabungan yang kuat tidak dapat direalisasikan,” katanya lagi. –SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here