Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dakwaan rakyat Malaysia samun warga Singapura: Itu kes 2014 - Polis -

Dakwaan rakyat Malaysia samun warga Singapura: Itu kes 2014 – Polis

POLIS Johor menafikan warga Singapura disamun dan dicederakan, kononnya dilakukan rakyat negara ini seperti tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kejadian yang tular di Facebook dan WhatsApp mengatakan warga republik itu disamun dan dicederakan di Johor adalah tidak benar.

Katanya, video dan gambar yang tular itu adalah video dan gambar lama pada 2014 yang ditularkan semula.

“Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Bukit Aman juga pernah mengeluarkan satu kenyataan berkaitan berita palsu ini di Facebook rasmi pada 2 November tahun lalu.

“Hal ini dilihat sebagai satu cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai khisusnya pelancong warga Singapura untuk datang ke Malaysia melalui negeri Johor.

“Perbuatan menyebarkan dan membuat spekulasi palsu adalah menyalahi undang-undang dan boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai dakwaan yang diperolehi dari sumper tidak sah dan menggunakan maklumat palsu,” katanya menerusi satu kenyatan, hari ini.

Beberapa video tular memaparkan sekumpulan lelaki menyamun dua motosikal besar di tepi jalan manakala terdapat juga video memaparkan pejalan kaki dirompak dua penungang motosikal, namun kesemua video tidak jelas lokasi kejadian.