Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Operasi pematuhan SOP COVID-19 akan terus dijalankan - Polis -

Operasi pematuhan SOP COVID-19 akan terus dijalankan – Polis

OPERASI pematuhan prosedur operasi standard (SOP) akan terus diadakan di seluruh negara walaupun negara telah beralih ke fasa endemik, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Hazani Ghazali.

Beliau berkata operasi penguatkuasaan itu dijalankan bagi memastikan masyarakat terus mematuhi SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari  semasa ke semasa selain menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

“Individu yang didapati sengaja melanggar peraturan yang ditetapkan bakal dikenakan tindakan sewajarnya di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) berdasarkan SOP terkini bertarikh 1 April 2022 dan Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 31 Mac 2022,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Negara memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik mulai hari ini dengan beberapa kelonggaran mula diberikan antaranya pembukaan sempadan negara, premis perniagaan boleh beroperasi mengikut masa lesen perniagaan masing-masing dan tiada penjarakan fizikal semasa solat di masjid dan surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat lain. – Bernama