Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Cuba larikan diri dari SJR, polis terpaksa lepaskan tembakan -

Cuba larikan diri dari SJR, polis terpaksa lepaskan tembakan

PENGGUNA Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) terkejut apabila terdengar bunyi tembakan di Sekatan Operasi Khas Motosikal berdekatan RnR Gambang, pada Jumaat.

Berdasarkan maklumat awal, anggota polis terpaksa lepaskan tembakan amaran ke udara selepas sebuah kenderaan jenis Nissan Xtrail cuba melarikan diri daripada Sekatan Jalan Raya (SJR) tersebut.

Pemandu kederaan itu juga cuba merempuh kenderaan lain dalam usaha melarikan diri, namun tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Menerusi video yang sedang tular di media sosial, kelihatan kenderaan Nissan Xtrail berwarna perak itu cuba memecut melarikan diri daripada SJR berkenaan yang sejurusnya memaksa anggota polis lepaskan tembakan amaran.

Menurut kemaskini laman Facebook Inforoadblock, pihak polis berjaya menahan kenderaan tersebut dan setelah diperiksa, kenderaan itu membawa 14 orang Pendatang Tanpa Izin (PATI) tanpa dokumen diri yang sah.

Maklumat lanjut akan dikemaskini.