Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Amyra sukar berjalan, perlu rehat - Amar -

Amyra sukar berjalan, perlu rehat – Amar

MENGALAMI sakit sendiri dan lebam pada beberapa bahagian badan akhirnya memaksa pelakon Amyra Rosli terpaksa berehat daripada penggambaran Jangan Menangis Cinta.

Selain itu, dia juga mengalami batuk dan sakit sendi seperti yang didedahkan oleh suaminya, pelakon Amar Baharin dalam Instagram miliknya.

Menurut lelaki berkenaan, keadaan Amyra yang sukar untuk berjalan membuatkan mereka terpaksa mengambil cuti sakit dan berehat sementara bagi memulihkan keadaan tersebut.

“Amyra diberi rehat selama tiga ke empat hari kerana keadaan dia agak teruk sehingga susah untuk berjalan. Dia mengalami sakit sendi dan bengkak pada beberapa bahagian dan yang paling teruk adalah di kaki.

“Dalam tempoh rehat ini saya bawa dia untuk menjalani pemeriksaan lebih lanjut di pusat perubatan atau mendapatkan rawatan perubatan Islam,” jelasnya lagi.

Tidak mahu keadaan menjadi lebih buruk, dia berharap agar isterinya ditahan di wad bagi membolehkan pemantauan rapi dikakkkan oleh pasukan perubatan.

Tambah Amar, isterinya juga sudah pun melakukan beberapa pemeriksaan termasuklah melakukan ujian darah namun keputusannya baik sahaja.

“Memang pelik sebab tidak pernah berlaku seperti ini. Selepas buat ujian darah, doktor beritahu tidak ada sebarang jangkitan kuman.

“Malah doktor sendiri tidak dapat memberi penyelesaian terhadap penyakit yang dihidapinya,” dedah Amar lagi.

Sebagai info, mereka mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 4, dan Ayra Aryssa, 2. – SB