PENULIS lirik terkenal, Iman Imran meninggal dunia di kediaman keluarganya yang terletak di Semenyih pada Rabu.
Iman Imran atau nama sebenarnya Rudy Imran Shamsudin, 47, meninggal akibat sakit kanser yang dideritainya sejak beberapa tahun yang lalu.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh rakan terdekat Allahyarham namun tiada butiran lanjut diperoleh setakat ini.
Sepanjang terlibat dalam bidang penulisan lirik, Allahyarham telah menghasilkan banyak lagu-lagu popular termasuklah Di Pintu Syurga nyanyian Dayang Nurfaizah yang diangkat sebagai Juara Lagu ke-31.
Lagu-lagu lain yang dihasilkan Allahyarham termasuklah Terakhir Buat Teman nyanyian Siti Sarah Raissuddin dan Hazama serta Perit oleh Aliff Iskandar.
Sepanjang hidup, Rudy yang pernah berkhidmat sebagai wartawan di Utusan Malaysia dan Harian Metro pernah menghasilkan novel Menangkah Cinta dan terlibat secara tidak langsung dalam bidang lakonan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.