Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Penasihat kanan syarikat direman bantu kes rasuah projek bernilai RM132 juta -

Penasihat kanan syarikat direman bantu kes rasuah projek bernilai RM132 juta

SEORANG penasihat kanan sebuah syarikat direman empat hari bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung projek bernilai RM132 juta membabitkan institusi automotif negara.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai memberi suapan berjumlah RM5 juta sebagai balasan bagi syarikat di bawah kawalannya mendapat geran projek. 

“Perintah reman terhadap lelaki itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya bermula hari ini hingga Jumaat manakala reman terhadap seorang suspek bergelar Datuk bagi membantu siasatan kes rasuah projek bernilai RM85 juta membabitkan institusi automotif negara turut dilanjutkan empat hari bermula esok hingga Sabtu,” kata sumber itu.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan reman tersebut.

Beliau berkata suspek ditahan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Pada 24 Mac lepas, SPRM dilaporkan menahan sembilan individu termasuk seorang bergelar Datuk dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung projek bernilai RM85 juta membabitkan institusi automotif negara.- BERNAMA