Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Muzik, lakonan & wanita- sensasi seorang Will Smith -

Muzik, lakonan & wanita- sensasi seorang Will Smith

SEJAK semalam nama Will Smith trending di media sosial. Meskipun berjaya merangkul Pelakon Lelaki Terbaik sempena Oscars 2022, insiden menampar Chris Rock lebih mempopularkan namanya berbanding memenangi anugerah.

Insiden yang berlaku sempena Oscars 2022 itu bukan sahaja mengejutkan dunia tetapi juga akan mencatatkan ‘sejarah’ kepada penganjuran anugerah berprestij yang dinanti-nantikan saban tahun.

Ayuh kita tinggalkan kisah tersebut memandangkan kisah Smith sendiri tidak kurang hebat untuk diperkatakan.

Menjadi aktor berkulit hitam kelima yang berjaya merangkul trofi kategori Pelakon Filem Terbaik menerusi filem King Richard.

Sebenarnya kerjaya seni lelaki ini bukanlah bermula sebagai seorang pelakon. Dia terlebih dahulu menerobos industri seni dengan menjadi penyanyi dan pemuzik.

Smith atau nama sebenarnya Willard Carroll Smith dilahirkan pada 25 September 1968 dan memulakan kerjaya sebagai penyanyi rap bersama duo DJ Jazzy Jeff & The Fresh Prince pada 1986.

Will Smith memulakan kerjata sebagai penyanyi rap bersama duo DJ Jazzy Jeff & The Fresh Prince pada 1986.

Popular dengan nama Fresh Prince, mereka pernah meraih kemenangan menerusi Anugerah Grammy 1989 menerusi Katagori Rap Terbaik- kali pertama kategori ini diperkenalkan.

Terus rancak sebagai penyanyi, mereka sekali lagi 1991 merengkul anugerah dalam Grammy sebelum duo tersebut berkubur disebabkan masalah duit!

Lantas Smith meneruskan kerjaya solo pada 1990-an dan mula mendekatkan diri dalam dunia lakonan untuk mengembangkan lagi kerjaya seninya.

Drama The Fresh Prince of Bel-Air yang ditayangkan pada 1990-1996 memuncakkan namanya sebagai seorang pelakon.

Selepas itu, satu persatu tawaran yang diterima termasuklah filem Where The Day Takes You, Made In America, Six Degrees of Seleration dan The Bad Boys menjadi permulaan baik untuknya.

Namun begitu, beberapa naskhah selepas itu lebih menaikkan namanya apabila dia mula terkenal dengan filem Independence Day (1996), Men in Black (1997), Wild Wild West (1999), Ali (2001), Men in Black II (2002), Bad Boys II (2003) dan banyak lagi.

Menerusi Oscars pula, dia mula dicalonkan dalam kategori Pelakon Terbaik menerusi filem Ali pada 2002 sebelum dicalonkan sekali lagi dalam kategori berkenan pada 2007 menerusi The Persuit of Happiness.

Meskipun tidak berjaya merangkul kemenangan, dia kembali merampas trofi pada 2022 dengan King Richard bersama sejarah ‘tampar’.

Wanita di sisi Smith

Sikap terbuka Smith mengenai wanita memang cukup diketahui umum sejak dahulu lagi. Tidak berselindung, dia sentiasa terbuka bercerita mengenai hubungan tersebut.

Dia berkahwin dengan Sheera Zampino pada 1992, mereka dikurniakan seorang anak lelaki sebelum bercerai pada 1995.

Dua tahun kemudian, dia kembali berumah tangga dengan Jada Koren Pinkett, wanita tidak berambut yang menjadi bahan sindiran Rock ketika Oscars berlangsung semalam.

Will Smith bersama isteri, Jada Pinkett

Cinta mereka muka bersemi apabila apabila masing-masing menghadiri uji bakat The Fresh Prince of Bel-Air.

Melalui perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan Jaden Smith pada 1998 dan Willow Smith pada 2000.

Beberapa tahun lalu, Will Smith dan Jada Pinkett mengakui bahwa perkawinan mereka mengalami begitu banyak masalah dan akhirnya memutuskan untuk menjalani perkawinan terbuka atau open marriage.

Smith mengakui menyukai Halle Berry dan pemain belle, Misty Copeland namun semuanya kembali seperti sedia kala apabila dia menjalani terapi.

Will Smith dan Jada Pinkett dikurniakan dua anak, Jaden Smith (tengah), dan Willow Smith (dua dari kiri).

Namun Jada Pinket juga berselingkuh dengan seorang pemain muzik, August Alsina pada 2020. Sebenarnya hubungan terlarang mereka sudah bermula pada 2016 lagi.

Menurut Alsina perselingkuhan tersebut berlangsung dengan restu Smith sendiri!

Mendengarkan sahaja kenyataan tersebut, Jada Pinket menafikan dan menganggap kedekatan mereka kerana sudah ‘berpisah’ dan hubungan tersebut tidak diketahui Smith.

Mereka akhirnya kembali bersama dan meneruskan kehidupan berumah tangga.–SB