[VIDEO] Hujan, ribut petir dijangka landa hampir seluruh negara hingga malam ini

0
394

AMARAN ribut petir dan hujan lebat dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Selasa dijangka melanda beberapa kawasan di seluruh negara sehingga 8 malam ini.

Menerusi kemaskini terbaharu setakat jam 4.15 Selasa itu, antara negeri dan kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir sehingga jam 7.00 malam ini adalah di Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong).

Antara lain adalah di Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau).

Sementara negeri dan kawasan dijangka mengalami ribut dan hujan lebat sehingga pukul 8 malam ini adalah di negeri Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Hulu Perak).

Dua negeri Pantai Timur, Kelantan (Kuala Krai dan Gua Musang), dan Terengganu (Hulu Terengganu) turut akan mengalami hujan lebat dan ribut sehingga jam 8 malam ini.

Seterusnya di seluruh negeri Melaka dan kawasan di negeri Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Di negeri Sarawak melibatkan kawasan Serian, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau) dan Mukah (Dalat) dan negeri Sabah melibatkan kawasan di Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan dan Kudat.

Orang awam yang duduk berhampiran kawasan yang dijangka terlibat dengan amaran ini dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu dan elakkan keluar sekiranya tiada urusan penting bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here