Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Pemuda buang air besar hanyut bersama jamban -

[VIDEO] Pemuda buang air besar hanyut bersama jamban

SEBUAH klip video pendek lucu menunjukkan seorang pemuda duduk di atas bumbung jamban yang dihanyutkan air banjir tular di Indonesia semalam.

Menurut laporan Kompas Jakarta, kejadian berlaku pada Sabtu lalu di Desa Tunggul Irang, Banjar, Kalimantan Selatan ketika pemuda tersebut sedang membuang air besar.

Rakaman itu menunjukkan tandas terapung dihanyut arus melalui Sungai Martapura, di Kalimantan Selatan.

Ia telah dirakam seorang penduduk yang menyaksikan kejadian itu ketika pemuda bersama jamban dinaiki dibawa air dalam keadaan separuh tenggelam.

Turut kelihatan tumbuhan liar disekeliling jamban dibawa bersama-sama arus sungai terbabit.

Pemuda berbaju merah kelihatan duduk bersantai di atas bumbung dengan melihat sekeliling, tanpa meminta pertolongaan ketika hanyut.

Bagaimanpun penduduk yang merakam kejadian itu tidak mengenali siapakah gerangan pemuda tersebut.

Nasib pemuda itu juga tidak diketahui, tetapi berkemungkinan besar dia berjaya selamatkan diri kerana di hilir sungai itu dikatakan terdapat jambatan gantung yang membolehkan pemuda itu berpaut. – SB