PENYANYI Elica Paujin dinobatkan sebagai juara program Big Stage 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabngsa Putrajaya (PICC) malam tadi.
Dalam pertandingan akhir tersebut, penyanyi berusia 23 tahun ini membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah RM100,000 bersama trofi.
Kemenangan Elica menepati ramalan ramai pihak yang dia mampu menewaskan peserta akhir yang lain berdasarkan persembahan konsisten sepanjang progam berlangsung.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Daniel Chuer dan peserta kegemaran ramai, Aishah Retno pula sekadar berada di tangga ketiga.
Mereka masing-masing membawa pulang RM50,000 dan RM25,000 bersama trofi.
Tempat keempat pula menjadi milik Yazmin Aziz dan peserta Indonesia, Tegar Septian sekadar berpuas hati di tangga kelima dan membawa pulang RM15,000 dan RM10,000.
Konsert akhir yang dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhdad itu diadili oleh juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai selain menampilkan Aliff Aziz dan Aina Abdul sebagai juri jemputan.
Lebih menarik, pertandingan akhir itu turut menampilkan Elly Mazlein sebagai juri pedas selain Datuk Seri Vida sebagai presiden netizen.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.