Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pelan induk kawalan sempadan negara dibentang kepada kabinet: Hamzah -

Pelan induk kawalan sempadan negara dibentang kepada kabinet: Hamzah

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) akan menghasilkan satu pelan induk yang komprehensif berkaitan strategi pertahanan dan keselamatan negara untuk dibentangkan di kabinet.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pelan induk itu hasil kolaborasi antara KDN dan Kementerian Pertahanan (Mindef) yang akan memberi fokus sepenuhnya terhadap pembangunan pertahanan dan keselamatan negara untuk jangka masa panjang.

Pelan itu turut memberi penekanan kepada kawalan sempadan darat, maritim dan laluan-laluan tikus serta mencari jalan terbaik untuk menambah baik keselamatan di dalam negara daripada diceroboh anasir luar, terutama di Lautan Sulu berhampiran Sabah.

“Dari segi kawalan sempadan pertahanan negara, kita tak boleh hanya serahkan kepada satu kementerian sahaja iaitu Kementerian Pertahanan semata-mata sebaliknya kita kena bergabung tenaga dan kerjasama yang lebih padu.

“Anda boleh melihat kepada Ops Benteng yang dilaksanakan sepanjang dua tahun lalu, apa yang kita lakukan telah membuktikan kejayaan gabungan padu kedua-dua kementerian dalam penguatkuasaan keselamatan negara.

“Bila kita nak mempertahankan sempadan negara kita yang begitu berhutan, kita perlu semua pihak untuk bekerjasama dan itu motif sebenar kita akan hasilkan satu ‘master plan’ yang sangat komprehensif untuk sempadan, pertahanan dan keselamatan dalaman kita,” dalam sidang media di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, pelan induk berkenaan bukan sahaja dapat mengetatkan keselamatan sempadan negara di Sabah, bahkan melibatkan pemantuan sempadan di Kalimantan Sarawak serta sempadan di Semenanjung Malaysia.

“Semua ini kita kena melihat adalah ‘master plan’ yang komprehensif yang kita gabungkan antara pertahanan dan keselamatan dalam negeri.

“Insya-Allah dengan kerjasama yang kita tunjukkan, kita akan hasilkan dengan penyelesaian terbaik untuk masa depan negara,” katanya.