SETELAH teruk dikecam oleh netizen, suami kepada Neelofa, Haris Ismail tampil memberikan penjelasan untuk mengelak sebarang salah faham berpanjangan.
Jelasnya, video berdurasi 36 saat yang tular sejak beberapa hari yang lalu telah menimbulkan salah faham dan salah tafsiran daripada segelintir pihak.
“Hasil daripada tulisan ini mengatakan saya menyuruh isteri bawa beras ke dalam rumah. Sebenarnya bukan itu maksudnya.
“Kalau didengar betul-betul dengan hati terbuka, maksudnya adalah supaya isteri itu dianjurkan untuk memasak.
“Bagi mereka yang bekerja dan urusan di luar, kalau tak sempat, tak jadi satu dosa atau masalah,” katanya meredakan keadaan.
Terdahulu ada individu meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Haris dan disebarkan di dalam media sosial.
Netizen berkenaan tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan olehnya dan menempelak sebuah agensi kerajaan yang menjemputnya memberikan ceramah.
“Atas sebab apa agensi kerajaan seperti ‘KPWKM invite si Haris ni as one of speaker’? Tiga minit pertama pun aku dah berbulu telinga dengar.
“Zaman sekarang semua kena ‘give and take’. Bukannya sebab kau lelaki, bini kena buat semua,” tulis pemilik akaun tersebut.
Kenyataan itu susulan daripada klip video yang disebarkan antaranya menyebut isu rumah tangga dan kuasa suami oleh pendakwah berkenaan.
“Rumah saya bayar, barang mentah saya sediakan. Tapi kalau tak da orang masak, tak ada orang nak urus… takkan saya nak pergi angkat beras (cedok) bawa masuk dalam ni (periuk), saya pula nak kena belajar (memasak),” katanya dalam rakaman video yang menimbulkan kekeliruan segelintir pihak.
Mereka menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh Haris seperti tiada tolak ansur dalam kalangan suami isteri dan ia tidak sepatutnya diperkatakan.
“Berbalik kepada video itu, apa yang disampaikan adalah pertamanya, kerana orang lelaki wajib menyediakan tempat tinggal.
“Orang lelaki yang mampu menyediakan tempat tinggal, tak kisah beli atau sewa, maka dia boleh berkahwin atau dianjurkan untuk berkahwin,” katanya.–SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.