Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Amran Tompel meninggal dunia akibat kanser usus -

Amran Tompel meninggal dunia akibat kanser usus

DUNIA seni kehilangan seorang lagi pelakon veteran apabila Amran Tompel meninggal dunia kira-kira pukul 4.37 petang tadi di kediamannya yang terletak di Negeri Sembilan.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Persatuan Seniman, Hafiz Napiah dalam satu kenyataan media yang diedarkan kepada pihak media.

“Jenazah Allahyarham kini berada dirumahnya di Senawang Negeri Sembilan dan akan dibawa ke Hospital untuk tindakan lanjut.

“Kami akan memaklumkan kepada semua pihak dari semasa ke semasa termasuklah lokasi pengkebumian sebaik sahaja sudah ditetapkan oleh pihak keluarga,” katanya.

Menurut Hafiz, Amran, 72, meninggal akibat penyakit barah usus yang telah dideritai dan Allahyarham meninggalkan empat orang anak.

Amran yang juga merupakan anak kepada pelawak AR Tompel dikenali sebagai seorang pelakon dan pelawak bersama adik-beradik yang lain.

Sepanjang terlibat dalam bidang seni, dia pernah popular dengan filem Keluarga 69, Buai Laju-Laju, Tak Ori Tapi Ok dan banyak lagi.