Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Wow! Makin 'runcing', Hael nafi buat pembedahan plastik -

Wow! Makin ‘runcing’, Hael nafi buat pembedahan plastik

DITUDUH melakukan pembedahan wajah, penyanyi Hael Husaini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dilemparkan oleh segelintir pihak kepadanya.

Dia bukan sahaja menolak tuduhan tersebut, tetapi dalam masa yang sama tertanya-tanya bagaimana gosip berkenaan bolen timbul.

“Entahlah, saya sendiri tidak tahu bagaimana gosip sebegini boleh timbul. Tapi bila perkara ini diperkatakan, saya senyum sahajalah menerimanya.

“Bila usia makin meningkat, kita kena pandai jaga diri. Dulu masa muda-muda tak pernah pula memikirkan soal penampilan dan sebagainya.

“Bila dah berusia, saya makin ambil tahu dan ambil peduli untuk menjaga diri dan lebih berdisiplin,” katanya berterus terang.

Terdahulu timbul beberapa andaian daripada segelintir pihak yang tertanya-tanya dengan perubahan yang berlaku kepada wajah penyanyi yang popular dengan lagu Kelentang Kelentong ini.

Jika diamati, wajah terkini Hael semakin segak dan ‘terletak’ sehingga menimbulkan gosip mengatakan dia menjalani pembedahan plastik.

Jelasnya, dia beruntung kerana mempunyai pasukan pengurusan sendiri yang menyiapkan segala-galanya untuknya apabila mahu keluar bekerja.

“Bila ada yang menyiapkan semua perkara, itu lebih memudahkan saya. Nak tampil menarik di hadapan kamera pun rasa lebih yakin,” kata Hael lagi.

Dia berkata demikian ketika ditemui sempena majlis pelancaran Festival Ramadan Selangor 2022 yang diadakan di SACC Mall, pada Rabu.

Festival anjuran PKNS Real Estate (PREC) itu adalah acara tahunan yang direka khusus bagi menyokong agenda kerajaan negeri dalam usaha membantu usahawan kecil sederhana dan pengusaha tempatan.

Diadakan sepanjang Ramadan di perkarangan SACC Mall, Shah Alam, beberapa selebriti juga akan terlibat sama menjual hamper dan makanan raya.

Antara selebriti yang terlibat termasuklah Mark Adam, Haiza, Nomad, Syafiq Naser dan ramai lagi. – SB