Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
RUU Anti Lompat Parti dibentang 11 April -

RUU Anti Lompat Parti dibentang 11 April

RANG Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti akan dibentang pada Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan pada 11 April ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menetapkan tarikh itu.

“Saya ada berkesempatan berbincang dengan Perdana Menteri dan kita telah bersetuju persidangan pada 11 April ini diadakan untuk kita membahaskan Rang Undang-undang Anti Lompat Parti.

Kuasa di bawah Peraturan 11(3) ini memang kuasa dan hak Perdana Menteri dan berbincang dengan Speaker (Dewan Rakyat) tapi tarikh itu ditetapkan dalam masa 14 hari,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 di Dewan Rakyat di Parlimen pada Khamis.

Beliau berkata, demikian bagi menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang bangun mencelah dan bertanyakan bila Sidang Khas Parlimen itu akan diadakan bagi membolehkan kedua-dua pihak membuat persiapan. – Bernama