Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mangsa banjir di Beaufort masih kekal 43 orang -

Mangsa banjir di Beaufort masih kekal 43 orang

JUMLAH mangsa banjir dari Kampung Suasa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Datuk Mohd Dun Banir di Beaufort, Sabah kekal 43 orang pagi ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah itu melibatkan mangsa daripada 14 keluarga dipindahkan ke PPS itu, Selasa lepas.

“PPS berkenaan mula dibuka pada Isnin lepas sebagai persediaan menghadapi bencana banjir berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu kenyataan jawatankuasa itu turut memaklumkan seramai 653 mangsa daripada 115 keluarga masih berada di tiga PPS Daerah Tawau akibat kejadian kebakaran rumah atas air di Kampung Kurnia Jaya, Tawau pada 17 Mac lepas.- BERNAMA