Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis buru pemandu ‘lagak’ polis redah kesesakan guna siren -

Polis buru pemandu ‘lagak’ polis redah kesesakan guna siren

POLIS sedang mengesan dan memburu pemandu kereta jenis Proton Preve yang meredah kesesakan jalan raya menggunakan lampu mata arah dan siren di Jalan Lapangan Terbang Subang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, satu laporan polis telah dibuat kira-kira pukul 3 petang pada Selasa.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku pada 23 Februari lalu kira-kira pukul 6.30 petang. Kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kemalangan dan kecederaan kepada pengguna jalan raya.

“Kita telah mengenal pasti pemilik kenderaan tersebut dan telah merakam percakapan namun siasatan masih dijalankan kerana kenderaan tersebut telah dijual dan dipandu oleh individu lain ketika kejadian,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Mengulas lanjut, pihaknya sedang mengenal pasti individu yang memandu kenderaan tersebut ketika kejadian dan siasatan dijalankan di bawah Kaedah 94 Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 serta Rule 24(ii) 170/59.

“Pihak polis juga ingin menasihatkan semua pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang yang ditetapkan bagi mengelak sebarang kejadian. Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menyebarkan video atau gambar yang boleh menimbulkan keresahan awam,” jelasnya.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video berdurasi 13 saat yang memaparkan tindakan seorang pemandu meredah kesesakan jalan raya menggunakan lampu mata arah dan siren. – SB