Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ciapan Ahli Parlimen PN tarik sokongan terhadap Perdana Menteri palsu -

Ciapan Ahli Parlimen PN tarik sokongan terhadap Perdana Menteri palsu

SATU tangkap layar seolah-olah ciapan Twitter milik Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Ahli Parlimen (MP) daripada parti itu telah menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah palsu.

Menerusi tangkap layar berkenaan, penarikan tersebut dikatakan sebagai tindak balas MP PN selepas dakwaan kononnya MP UMNO tidak menyokong usul Menteri Dalam Negeri daripada Bersatu/PN.

Bagaimanapun, semakan SatuBerita terhadap akaun Twitter rasmi bekas Perdana Menteri itu, ciapan terakhir dilakukan beliau adalah pada 8 Mac lalu serta ciapan yang tular berkenaan tidak ditemukan.

Semakan di semua platform carian turut mendapati tiada laporan berita berkaitan ciapan berkenaan disiarkan oleh mana-mana portal berita atau media arus perdana.

Perkara ini jelas satu bentuk serangan peribadi terhadap Muhyiddin oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin menjatuhkan reputasi beliau.

Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan berita yang kelihatan sensasi tetapi tidak benar dan palsu.