Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tolak Bersatu ibarat tempah kekalahan awal PRU15 -

Tolak Bersatu ibarat tempah kekalahan awal PRU15

TINDAKAN DAP berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu seperti menyerah kalah di peringkat awal untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Kamarul Zaman Yusoff berkata, realiti politik semasa menunjukkan tanpa mendapatkan sokongan yang mencukupi daripada orang Melayu, sesebuah gabungan itu tidak boleh bertahan dalam arena politik.

Apatah lagi tegasnya, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, amat jelas Pakatan Harapan bergelut untuk mendapat kepercayaan pengundi Melayu.

“Malah di Johor dua parti (komponen) itu, PKR dan Amanah, hilang deposit di banyak kerusi majoriti Melayu,” katanya kepada Malaysianow.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang menutup pintu kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) untuk berdepan dengan Barisan Nasional (BN) pada PRU15 dengan mengatakan tindakan tersebut sebagai “tidak logik.

Dalam ucapannya pada Kongres Kebangsaan DAP ke-17 Ahad lalu, Guan Eng mengingatkan ahli partinya mereka tidak boleh bekerjasama dengan pihak yang “mengkhianati” parti dan perjuangannya.

Walaupun tidak menamakan mana-mana pihak, kenyataan Lim itu dipercayai merujuk kepada parti komponen PN iaitu Bersatu yang sebelumnya bersama-sama DAP di dalam PH yang menumbangkan BN ketika PRU14 pada 2018.

PRN Johor 12 Mac lalu menyaksikan BN memenangi 40 dari 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan. Sementara PH mendapat mendapat 11 kerusi, PN 3, PKR 1 dan Muda 1.

Kamarul berkata, sudah terbukti pada PRN Johor bahawa undi Bersatu di kerusi majoriti Melayu lebih tinggi.

Mengulas lanjut kenyataan Guan Eng, beliau berkata ia akan menyukarkan PH menyukarkan PH untuk menghalang kemenangan BN kerana tidak mempunyai undi Melayu yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

“Memang tak logiklah. Dia kena sedar diri bila parti komponen PH yang diharap untuk dapat undi Melayu gagal dalam PRN Melaka dan Johor.

“PRU kali ini perlu dihadapi dengan data bukan dengan sentimen dan emosi seperti ditunjukkan oleh Lim Guan Eng,” katanya.

Bagaimanapun, Kamarul berkata gesaan Lim terhadap DAP tidak lagi mempunyai kesan aatu disifatkannya sebagai “tiada gigi” selepas beliau bukan lagi memegang jawatan sebagai setiausaha agung parti.