Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Tolak ansur capai konsensus kunci kesatuan politik baharu -

[VIDEO] Tolak ansur capai konsensus kunci kesatuan politik baharu

KEJAYAAN gabungan parti antara Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan lain-lain menentang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bergantung sejauh mana parti-parti berkenaan boleh bertolak ansur dan menerima tawaran masing-masing.

Sambil tidak menolak hanya dengan bergabung dapat menumbangkan BN, Penganalisis Politik dan Media Sosial Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr. Sara Chinnasamy berkata, cabaran besar adalah untuk mencapai konsensus.

“Konsensus kadang-kadang adalah susah untuk dicapai, kerana setiap parti mempunyai ideologi, hala tuju dan jangkaan yang berlainan. 

“Jadi adakah mereka akan dapat mengenepikan agenda masing-masing dan hala tuju masing-masing untuk bergabung menjadi satu entiti. 

“Ia bukan satu perkara yang mudah, yang mungkin akan mengambil masa dalam keadaan kritikal dimana kita harus berhadapan dengan PRU15, banyak perkara yang boleh diambil dan ditimbangkan antara parti-parti ini.

“Bagi saya, ia satu keputusan yang agak sukar tetapi bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan sama ada mereka mahu bergabung sebagai satu entiti,” katanya ketika dihubungi SatuBerita.

Dalam pada itu tambah beliau, pimpinan PN dan PH mempunyai “sejarah lampau” antara satu sama lain yang menyukarkan kerjasama dibentuk meskipun naratif perjuangan parti dilihat seiring dan sama, terutama sekali dalam melawan kluster mahkamah dari BN khususnya UMNO.

Ketika ini, pimpinan utama UMNO sedang meneruskan tekanan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan PRU15 dalam kadar segera.

Ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 dilihat senada mendesak Parlimen dibubarkan segera selepas siri kejayaan BN dalam PRN di Melaka dan Johor. – SB