Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dua ditahan gara-gara tunjuk aksi hisap dadah di Facebook -

Dua ditahan gara-gara tunjuk aksi hisap dadah di Facebook

SEORANG lelaki dan wanita ditahan polis selepas aksi menagih dadah yang dimuat naik di Facebook dikesan pihak berkuasa, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Sanah, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, berdasarkan kepada rakaman video tular itu, polis menahan seorang wanita dikenali dengan nama ‘Momoi’.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut kemudiannya membawa kepada penahanan seorang lelaki iaitu pemilik akaun Facebook bernama ‘Jordan Hassan’ yang memuat naik rakaman berkenaan.

“Kedua-dua suspek ditahan dalam serbuan dijalankan di rumah di Kampung Pondo, Pulau Gaya, dan di hadapan bangunan SAFMA, di Sabah.

“Suspek lelaki itu mengaku akaun Facebook bernama ‘Jordan Hassan’ adalah miliknya,” katanya memetik laporan Harian Metro, ketikab dihubungi, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih daripada RM5,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun jika disabitkan kesalahan.

Katanya, kedua-dua suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan lanjut sebelum pendakwaan dijalankan.

“Kerjasama orang ramai dalam membasmi jenayah adalah sangat membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Polis ingin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika menggunakan laman sosial,” katanya.