Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
YB Rara menang Timbalan Ketua DAPSY, Marina antara undi terendah  -

YB Rara menang Timbalan Ketua DAPSY, Marina antara undi terendah 

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman yang lebih popular dengan gelaran YB Rara menang jawatan Timbalan Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) dalam pemilihan hari ini.

Jawatan Ketua DAPSY pula dimenangi oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii.

Seorang lagi pemimpin muda Melayu dalam DAP, Marina Ibrahim tidak dipilih menganggotai Jawatankuasa DAP.

Malah, beliau yang baru seminggu bergelar ADUN Skudai beroleh jumlah undi yang agak rendah.

Memetik laporan Malaysiakini, Kelvin meraih 232 undi bagi menewaskan Eric Teh Hoong Keat (158) dan Adun Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin (55) bagi mengetuai sayap itu untuk penggal 2021-2024.

Beliau akan menggantikan Adun Pasir Pinji, Howard Lee.

YB Rara pula meraih 212 undi bagi menewaskan Pengerusi DAP Batu Kitang, Abdul Aziz Isa (169) dan Alice Lan Suet Ling (64).

Empat pemimpin yang menjadi Naib Ketua ialah Teh Swee Leong (Kedah), G Annun Nancy (Negeri Sembilan), K Jason Raj (Penang) dan PS Keristinah (Johor).

Mereka menewaskan calon lain termasuk ADUN Subang, Michelle Ng; ADUN Luyang. Ginger Phoong dan Iskandar Fareez.

Sekurang-kurangnya satu daripada empat jawatan itu dikhususkan untuk calon wanita.

Bagi jawatan Setiausaha, Wayne Ong Chun Wei (Selangor) menewaskan Jenny Choy (Perak). Beliau meraih 240 undi manakala Jenny beroleh 204 undi.

Seramai 15 lagi calon terpilih untuk menganggotai jawatankuasa sayap itu, termasuk ADUN Bukit Tunku, Lim Yi Wei.

Marina Ibrahim gagal mendapatkan sebarang jawatan dalam Jawatankuasa DAPSY. Foto-Warta Rakyat

Selain Marina, ADUN Ayer Keroh, Kerk Chee Yee tidak terpilih setelah kedua-duanya mendapat antara undi terendah.

Hari ini, DAP akan mengadakan pemilihan jawatankuasa eksekutif dengan pemimpin lain bakal menggantikan Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung, iaitu jawatan tertinggi bagi parti itu.