Netizen kecam Zahid guna nama Nabi Muhammad

0
1200

PENGGUNAAN nama junjungan baginda Nabi Muhammad pada sekeping gambar pemimpin UMNO yang disiarkan di akaun media sosial Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid mengundang kritikan netizen yang mengganggap perbuatan tersebut seolah-olah ‘memperalatkan agama’.

Gambar pemimpin UMNO yang disertakan dengan kapsyen ‘Umat Muhammad Number One’ bagi netizen jelas kurang sopan apatah lagi beberapa pemimpin UMNO kini berdepan pelbagai tuduhan salah guna kuasa dan rasuah.

Pengguna Instagram @imana menulis: “Umat Nabi Muhammad adalah umat yang amanah. Menjunjung Islam ke martabat yang tertinggi. Jangan ditunggang kalimah ‘Nabi Muhammad’ sebagai satu gimik.”

Pengguna lain, @wan menulis: “Jangan macam itu. Saya ahli Umno dan AJK Bahagian, tak suka UMNO gunakan ayat itu. Please jaga nama kekasih Allah itu jangan dipergunakan. Please.”

Di Facebook, pengguna turut meluahkan rasa kecewa. “Memalukan agama Islam” tulis Faizal.

“Cermin dirilah. Umat Muhammad tidak menipulah,” tulis Azmil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here