Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Buli jalan raya: Bantu polis kesan 4x4 putih -

Buli jalan raya: Bantu polis kesan 4×4 putih

POLIS Pulau Pinang memohon saksi kejadian buli di jalan raya melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna putih tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Kejadian yang kini tular di media sosial itu dipercayai berlaku di Kilometer 138.7 Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala utara berdekatan sebuah kilang di Perai pada Jumaat lalu.

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh pengguna seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Jebat Maoc pada Sabtu, memaparkan kenderaan pacuan empat roda berkenaaan memandu secara berbahaya dan cuba menghimpit kenderaan lain.

Tindakan berbahaya itu telah mengakibatkan kereta yang cuba dihimpit terlanggar kon yang diletakkan di tepi jalan dan hampir melanggar sebuah lori rosak yang diletakkan di bahu jalan raya.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Kominioner Shafee Abdul Samad berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk menyiasat kejadian tersebut.

“Sehubungan itu, polis memohon mana-mana pengguna jalan raya yang menyaksikan kejadian berkenaan supaya tampil untuk membantu siasatan.

“Maklumat tersebut boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd. Firdaus Abdul Ghani di talian 014-3955400 atau 04-5382222,” katanya dalam kenyataan hari ini.–SB